Monday 10 September 2012

Panduan Etika Pengawas


Semua Pengawas Sekolah WAJIB MEMATUHI Etika Pengawas sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah sepanjang masa berada dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah.

1)      Sentiasa mematuhi peraturan sekolah
2)      Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua, PK HEM dan guru
3)      Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Ketua dan Penolong Ketua Pengawas
4)      Sentiasa bersikap adil, jujur, amanah, bertanggungjawab dan tidak memihak kepada mana-mana pihak semasa menjalankan tugas
5)      Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada Pengawas adalah sulit
6)      Menunjukkan tatacara berpakaian dan tingkahlaku yang boleh menjadi contoh kepada pelajar lain
7)      Menghormati semua guru
8)      Mengelakkan diri daripada dipergunakan/dipengaruhi oleh pelajar lain
9)      Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan imej Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah terjejas.
10)   Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan dan boleh diterima masyarakat
11)   Sentiasa bersedia membantu rakan-rakan
12)   Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejas
13)   Menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan semua peralatan yang ada dalam bilik pengawas


                                                                                                                                                                     

No comments:

Post a Comment