Semua
Pengawas Sekolah WAJIB MEMATUHI Etika Pengawas sekolah Menengah Kebangsaan
Tunku Sofiah sepanjang masa berada dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan
sekolah.
1) Sentiasa mematuhi peraturan sekolah
2) Menjalankan tugas yang diarahkan
oleh Pengetua, PK HEM dan guru
3) Menjalankan tugas yang diarahkan
oleh Ketua dan Penolong Ketua Pengawas
4) Sentiasa bersikap adil, jujur,
amanah, bertanggungjawab dan tidak memihak kepada mana-mana pihak semasa
menjalankan tugas
5) Menganggap semua maklumat yang
diberikan kepada Pengawas adalah sulit
6) Menunjukkan tatacara berpakaian dan
tingkahlaku yang boleh menjadi contoh kepada pelajar lain
7) Menghormati semua guru
8) Mengelakkan diri daripada
dipergunakan/dipengaruhi oleh pelajar lain
9) Mengelakkan diri dari mengeluarkan
kata-kata atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan imej Pengawas
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah terjejas.
10) Berpegang kepada tingkahlaku yang
sopan dan boleh diterima masyarakat
11) Sentiasa bersedia membantu
rakan-rakan
12) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan
yang boleh menjejas
13) Menjaga kebersihan, kekemasan dan
keselamatan semua peralatan yang ada dalam bilik pengawas